16 January 2022

BILA FOTO SHUIB DUDUK ATAS PELAMIN TERIMA USIKAN



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu telah memuat naik gambar sekitar majlis perkahwinan.

"Selamat Pengantin Baru @hakkimzaharudin @suciuwais," tulis Shuib sebagai kapsyen.

Bagaimanapun, gambar Shuib atas pelamin seorang diri tanpa ditemani sesiapa telah menarik perhatian ramai.

Susulan daripada posting tersebut, ruangan komen terus 'dibanjiri' dengan usikan orang ramai mengenai siapakah yang bakal mengisi tempat kosong di sebelah Shuib kelak.

Malah, ada juga netizen yang memetik nama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau mesra disapa Nana.

Klik untuk gambar besar



"Makan nasi minyak jangan lupa jemput tau". - "Nana tak ikut ke". - "Uish Siti Nordiana ke calonnya, jangan mengundang, tapi sis setuju". - "Ada dengar kata Nana betul ke," itulah antara komen-komen netizen.

Biarpun kesemua usikan tersebut hanya sebagai gurauan, namun ada juga yang berharap komen-komen berkaitan siapakah pengganti arwah Siti Sarah Raisuddin perlu dihentikan.

"Saya harap komen 'kahwin lagi' perlu dihentikan demi menjaga hati anak-anak dan menghormati arwah. Shuib nampak begitu merindui arwah dalam post beliau. There is no light in his eyes anymore," tulis seorang pengguna Instagram.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: