16 January 2022

POLIS GELEDAH RUMAH - ISTERI IRWANSYAH MINTA ADIK IPAR SERAH DIRI



"Saya cuma harap Hafiz boleh bertanggungjawab. Jangan bersikap tidak gentle begini. Kami sudah ikhlas dan tidak akan menuntut semula soal harta. (Cuma) serah diri sahaja," kata isteri penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar yang tampil membuka mulut dengan memohon agar adik iparnya, Hafiz Fatur bertanggungjawab atas perbuatannya dan menyerah diri, susulan polis menggeledah rumah pasangan itu.

Berita tentang adik Irwansyah yang memalsukan dokumen dan tandatangannya menggemparkan peminat hiburan negara itu. Terbaru, rumah Irwansyah dan isterinya dilaporkan telah digeledah oleh pihak berkuasa bagi mencari bahan bukti, lapor Liputan6.

Susulan itu beberapa bahan bukti seperti akaun bank dan sijil jual beli tanah atas nama Hafiz telah ditemui dalam operasi yang diadakan pada hari Khamis baru-baru ini

Klik untuk gambar besar



Menurut pihak polis tempatan, rumah penyanyi lagu 'Pencinta Wanita' itu digeledah kerana Hafiz tinggal bersamanya. Rumah berkenaan juga dikatakan telah disita.

Bukan itu sahaja, Zaskia juga berkata mereka redha dan tidak akan menuntut semula harta atau kerugian yang dialaminya bersama suami. Setakat berita ini ditulis, belum ada berita tentang penangkapan Hafiz dilaporkan yang kini berstatus buruan pihak polis.

Semoga kes ini segera selesai dan tiada lagi kerugian yang akan ditanggung Irwansyah serta isteri. Dan diharap adiknya itu serah diri kepada polis serta menyesal dengan perbuatannya mengkhianati darah daging sendiri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: