15 January 2022

DOKTOR SAHKAN AMYRA ROSLI DIJANGKITI KUMAN DALAM DARAH



"Pagi tadi doktor beritahu masih ada jangkitan dalam darahnya. Kata doktor punca kemungkinan daripada udara. Amyra mungkin terdedah dengan individu yang mengalami batuk-batuk dan merebak melalui udara," kata pelakon Amar Baharin mengenai isterinya yang pelakon, Amyra Rosli yang terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak kelmarin.

Amar ketika dihubungi Kosmo berkata, doktor memberitahu masih terdapat kuman dalam darah Amyra dan memerlukan pemantauan di hospital. Sebelum dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu, Amar berkata isterinya itu mengalami demam panas sehingga mencecah 40 darjah selsius, sebelum doktor mengesahkan Amyra dijangkiti kuman dalam darah.

Ujar pelakon berusia 37 tahun itu, isterinya baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak (b005ter) pada 7 Januari lalu dan berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, tiga hari selepas itu, Amyra mula mengalami demam panas.

"Selain demam panas, Amyra juga hilang selera makan dan terdapat kelenjar kecil pada bahagian lehernya. Saya tidak mahu salahkan suntikan pengg@l@k itu sebab kesannya pada badan seseorang adalah berbeza," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Amar memaklumkan bahawa Amyra seboleh-bolehnya hendak keluar cepat dari hospital kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri. Tambah Amar, isterinya itu menjadi serba salah dan tidak mahu menyusahkan orang lain selepas dia dimasukkan ke hospital.

"Namun doktor nasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya seminggu di hospital kerana keadaan kesihatannya perlu dipantau. Sebagai suami, saya mahu dia berehat dahulu sehingga betul-betul sembuh. Tapi kalau tuan punya badan (isteri) rasa dia boleh bekerja semula, saya tiada halangan," tuturnya.

Buat masa ini, dua orang anak pasangan selebriti itu iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2, dijaga oleh nenek mereka sementara Amyra masih dirawat di hospital.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: