09 January 2022

BILA MICHAEL ANG PELIK BANYAK KUTUK TAPI MV LAGUNYA TIADA 'DISLIKE'



"Salam semua, kenapa video muzik saya tiada dislike ni? Stress aku. Banyak kutuk tapi tak ada dislike! Why why why! Atau YouTube tak tunjuk dislike dah!" tulis pengarah yang kini bergelar penyanyi, Michael Ang yang meluahkan rasa hairan apabila tiada jumlah 'dislike' dipaparkan di YouTube untuk video muzik lagunya, 'Cinta Atau Propa'.

Michael yang juga seorang pelakon itu berkata, ramai juga yang mengutuk single pertamanya itu namun simbol 'dislike' umpama tidak bersentuh.

Menjengah ruangan komen, rata rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada juga yang memaklumkan kepada Michael bahawa pihak YouTube kini tidak lagi memaparkan jumlah 'dislike' di platform mereka.

'Cinta Atau Propa' nyanyian Michael mula dilancarkan pada Rabu lalu dan mencetuskan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Klik untuk gambar besar


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: