Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi memaklumkan dirinya selesai menjalani kuarantin selepas dijangkiti C0V1D.
"Ada saja di sekeliling kita, bila dah kena baru tahu macam mana. Demam dan dada jadi sempit. Susah sikit nak bernafas. Tapi Alhamdulillah, ikhtiar kita dah ada v@ks1n, lengkap cuma belum b005ter.
"Suami, saya dan Iman dapat lalui dengan baik. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Anda tahu siapa anda, moga Allah sentiasa melindungi anda," kongsinya.
Klik untuk gambar besar
Kata Haiza, jangkitan C0V1D masih boleh terkena meskipun sudah div@ks1n, namun risikonya mungkin tidak setinggi yang belum menerima v@ks1n.
"Memang benar, kalau dah v@ks1n pun boleh kena, kalau tak v@ks1n apatah lagi. Risikonya lebih tinggi. Ubat dan makanan sunnah itu juga ikhtiar, maka seimbangkan, Allah Maha Penyembuh dan wajib untuk kita melindungi diri dan orang sekeliling. Jadilah manusia yang bertanggungjawab," katanya lagi.
Di penghujung kapsyen, Haiza meletakkan tanda pagar #selesaikuarantin menggambarkan keadaan terkini dia bersama keluarga. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Haiza bersyukur kerana Haiza telah kembali sihat dan boleh kembali bekerja.
________________________
No comments:
Post a Comment