22 January 2022

DIDAKWA TIADA KERJA DEK ASYIK 'BERKEPIT' DENGAN JANNA NICK - INI KATA DINI SCHATZMANN



Semua sedia maklum mengenai hubungan cinta antara pelakon Janna Nick dengan pelakon Dini Azan Schatzmann yang mula terjalin sejak Jun 2019. Pasangan ini sering berkongsi gambar dan video mesra mereka bersama di laman Instagram miliknya masing-masing.

Susulan daripada itu, ramai yang mendakwa Dini seperti tiada kerja dek kerana asyik 'berkepit' dengan kekasihnya itu. Bagaimanapun, Dini tampil menegaskan dia juga mempunyai karier sendiri dan sibuk dengan penggambaran. Tambah Dini, 28, dia cuba menggunakan masa terluang untuk berlatih sebagai jurukamera dengan mengikuti Janna kerana meminati seni visual.

"Saya ada karier sendiri dan sibuk juga dengan penggambaran. Namun saya selalu mengikuti Janna untuk bantu diri dan juga karier. Apabila saya jumpa dia, saya buat kerja saya... bukan buat kerja untuk dia. Saya memang minat bab kemera. Jadi, tempat dan masa yang terbaik untuk saya belajar adalah dengan Janna.

"Dia akan tegur kesalahan saya. Kalau saya ambil kelas dengan orang lain, mungkin progres akan slow. Kalau dengan Janna, dia akan jujur dan tak kan puji saya (jika tak memuaskan). Sebab itu, bila saya tak ada penggambaran, saya nak explore karier baru iaitu menjadi jurukamera," jelas Dini kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, percutian Janna dan Dini di London menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen yang ingin tahu sama ada pasangan itu tidur di bilik berasingan atau sebaliknya. Bagaimanapun, Janna menegaskan mereka bukan pergi berdua dan ia tidak hanya sekadar bercuti, malah menjalani penggambaran telefilem terbitan syarikatnya.

Berkongsi mengenai hubungan cinta mereka, Dini mengakui dia dan pelakon drama 'Misteri Mona' itu mempunyai perancangan untuk berumah tangga. Namun pelakon kelahiran Switzerland itu memilih untuk mengunci mulut terlebih dahulu kerana masih banyak perkara yang belum dapat disahkan.

"Kami ada berbincang mengenai tarikh kahwin. Sudah tentu ada perbincangan tentang perkara itu memandangkan hubungan kami memang serius. Buat masa sekarang memang ada perancangan tapi saya rasa belum tiba masa untuk kongsikan. Tapi apabila semuanya sudah pasti, Insya-Allah kami akan umum," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: