22 January 2022

ISTERI JADI VIRAL DEK WAJAH CANTIK - YASSIN YAHYA TAK HALANG AKTIF MEDIA SOSIAL



"Isteri dah boleh terima dunia glamor. Saya dah beritahu kepadanya bahawa sekarang ini sesuatu perkara mudah jadi viral. Saya tak halang untuk dia aktif di media sosial. Nikmatilah waktu sekarang ini.

"Namun sama-sama menjaga supaya tidak berlebihan," itulah kata pelawak Yassin Yahya, 44, yang memberitahu dia tidak menghalang isterinya, Farah Waheeda Maharidan, 43, untuk aktif di media sosial, selepas wanita yang istimewa dalam hidupnya itu terkena tempias viral.

Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 44, bagaimanapun berharap agar isterinya tahu menjaga batas. Mengulas lanjut tentang isteri dan anaknya yang kini menjadi perhatian ramai, Yassin berkata dia tidak dapat menahan kuasa media sosial dan akur apabila kini hal rumah tangganya mula diperkatakan.


Klik untuk gambar besar



"Zaman teknologi ini media semakin meluas dan menjadi viral. Apa sahaja yang kita buat akan diperhatikan. Sebelum ini saya lebih suka dikenali dengan kerjaya sendiri.

"Saya juga seorang yang berbeza jika berada di rumah. Jadi lebih senang untuk asingkan kisah peribadi," ujar Yassin yang berkahwin dengan Farah pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5.

Sebelum ini, kemunculan Yassin dalam video di akaun TikTok Warda Waheeda milik Farah baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Rata-rata netizen tidak mengetahui anggota kumpulan Senario itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: