22 January 2022

PERNAH ADA RASA MARAH, SIMPAN DENDAM - LUNA MAYA AKUI KEMBALI BERHUBUNG DENGAN ARIEL NOAH



"Kami bercinta dalam tempoh masa yang panjang. Banyak sejarah antara kami. Pernah ada rasa marah dan menyimpan dendam padanya. Sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Kami selalu berbual dan bertanya khabar. Saya tidak tahu soal jodoh. Dahulu saya pernah katakan tidak mahu bersama Ariel kerana terlalu marah.

"Untuk kembali bersama mestilah kedua-duanya setuju. Kami belum ke arah itu," demikian jelas pelakon Luna Maya yang dia sudah pun berbaik dengan bekas kekasihnya, Ariel Noah, meskipun sebelum ini memberitahu pernah menyimpan perasaan marah dan dendam terhadapnya.

Menurut Luna, apa yang berlaku sebelum ini adalah kisah lama mereka dan kini mereka saling berhubung serta bertanya khabar. Dalam pada itu, Luna berkata dia tidak menolak jika ada jodoh diantara mereka nanti namun buat masa ini belum lagi kearah itu.

Klik untuk gambar besar



"Kami bercinta dalam tempoh masa yang panjang. Banyak sejarah antara kami. Pernah ada rasa marah dan menyimpan dendam padanya. Sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Kami selalu berbual dan bertanya khabar," katanya.

Apabila bercakap tentang kisah cinta sebelum ini, Luna berkata dia sering menyalahkan diri sendiri apabila hubungan yang terjalin tidak bertahan lama.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: