22 January 2022

DITANYA ISU RUMAH TANGGA, ANAK PULA POSITIF - EKIN ALAMI MENTAL BREAKDOWN



Alami tekanan dan mental breakdown... itulah yang dilalui oleh isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ekin apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka. Hal itu susulan daripada ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota pada minggu lalu.

"Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok. Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya 'kenapa tak nampak Ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? Ada masalah rumahtangga ke?? Dah tak sefahaman dgn Mawi ke?? Gado ke? Cerai ke?? Allahuakbar," maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.

Dedah Ekin, hakikat sebenar yang berlaku apabila anak-anaknya diuji positif C0V1D dan mereka sekeluarga terperangkap untuk menjalani proses kuarantin di Johor Bahru.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa hari kami diuji dengan anak-anak semua positif C0V1D kat Johor Bahru dan kami semua stuck terpaksa quarantine kat sini... Mental breakdown sangat-sangat dan stress jaga anak-anak kecil yang meragam menangis sakit kene C0V1D ni Allah je yang tau, camana pun majlis kene diteruskan.

"Pastu bila ada pulak kata-kata fitnah nak cakap macam-macam tanpa siasat, benda camni bole buatkan kita lagi down. So pada yang cakap macam-macam tu pleaselah stop it," tegas Ekin yang berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun.




















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: