25 January 2022

"DOA SELAMAT FOR ANAK SOLEHAH" - ERNIE & SYAMEL BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN



Pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi itu baru-baru ini telah mengadakan majlis doa selamat.

Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, meluahkan rasa syukur selepas dapat menyempurnakan majlis tersebut untuk dirinya yang bakal bersalin tidak lama lagi.

Menurut Ernie, dia tidak menyangka majlis tersebut turut disertakan dengan baby shower untuk kandunganya yang kini memasuki 8 bulan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi laman sosial Instagram, pasangn ini telah berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis doa selamat dan baby shower tersebut untuk tatapan umum.

Istimewanya lagi, pasangan tersebut turut dirayakan dengan kek dua tingkat berwarna merah jambu dengan kasut budak diatasnya seperti menandakan ia adalah bayi perempuan.

"Syukur Alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat doa selamat for anak solehah. Tak sangka ada sekali baby shower untuk kita. Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat lah pula Bang Mein," ujar Ernie di ruangan kapsyen.



Malah, dia turut memohon orang ramai untuk mendapatkan proses kelahiran kelak berjalan dengan selamat dan lancar. Istimewanya lagi, pasangan tersebut turut dirayakan dengan kek dua tingkat berwarna merah jambu dengan kasut budak diatasnya seperti menandakan ia adalah bayi perempuan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ernie yang kelihatan cukup sarat. Tidak kurang juga ada wargamaya yang teruja melihat Ernie berkongsi tentang 'anak solehah' kerana ramai yang meneka pasangan itu bakal menyambut kehadiran bayi perempuan.

"Aaaaa baby girl, comelnyaaaa." - "Solehah means baby girl yaaa." - "Yeay! Dah agak dah baby girl." - "Kan betul baby girl. Semoga dipermudahkan semuanya." - "Wahh baby girl," antara komen-komen wargamaya.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: