09 January 2022

SHAHIR DEDAH PERNAH KENA SCAM - RUGI RM12 JUTA, DITIPU PEMBEKAL SARUNG TANGAN



Penyanyi Shahir Zawawi mendedahkan baru-baru ini dia telah berdepan ujian dalam perniagaan apabila mengalami kerugian kira-kira RM12 juta gara-gara ditipu sebuah syarikat pembekal.

Menurut Shahir, dia bersama seorang rakan kongsi sebelum ini menjalankan perniagaan membekal peralatan hospital. Bercerita lanjut kejadian yang berlaku pada Oktober 2020 itu, Shahir berkata ia melibatkan 400,000 sarung tangan yang sepatutnya dibekalkan kepada pihak hospital.

"Ketika musim pandemik kami cuba untuk menjadi pembekal kepada hospital. Namun ditipu dan barang yang kami terima di pelabuhan hanyalah kotak kosong. Pembekal produk itu tipu kami 400,000 kotak dengan jumlah anggaran RM12 juta," jelas Shahir dipetik sebagai kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia sudah membuat laporan polis dan perkara itu kini dalam proses undang-undang

Klik untuk gambar besar



"Tindakan undang-undang telah pun diambil. Semua ini melibatkan urusan antara peguam syarikat kami dan pembekal itu. Kami telah dapat kesan scammer tersebut," tambahnya lagi.

Meskipun mengalami kerugian besar, Shahir bersyukur apabila dibuka pintu rezeki baharu apabila diumum sebagai juara dalam program realiti Hijrahkan Laguku yang berlangsung malam Sabtu. Dia menewaskan Datuk Nash, Iwan Syahman dan Mark Adam yang melayakkannya membawa pulang RM100,000.

"Sebelum ini saya terlibat dalam perniagaan sebab fikirkan nak cari rezeki di tempat lain tapi ditipu pula. Allah aturkan saya kepada rezeki untuk sertai program ini ke arah yang lebih positif. Semoga mendapat keberkatan," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: