26 January 2022

"SAYA SEBUT 'OKAY' BUKAN 'GAY'..." - VIDA



Nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sejak semalam hangat diperkatakan selepas dia didakwa menggelar penyanyi bersuara merdu iaitu Anuar Zain sebagai gay menerusi aplikasi TikTok.

Dek kerana itu, Vida telah dikecam teruk oleh netizen, malah video tersebut turut mendapat perhatian kakak Anuar iaitu penyanyi dan pelakon Ziana Zain yang menganggap Vida sangat biadap.

Vida bagaimanapun tampil menafikan dakwaan kononnya dia melabel Anuar Zain seorang lelaki gay. Tambah Vida, terpulang kepada penerimaan netizen yang menonton video berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Vida berkata, dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan 'gay' sebaliknya dia menyebut 'okay' apabila diminta oleh netizen untuk mengorat penyanyi itu.

"Saya sebut 'okay' bukan 'gay'. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun. Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.

"Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IG Live) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari," jelas Vida dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



ATAU KLIK LINK DISINI UNTUK TONTON VIDEO 



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: