08 January 2022

SPEKULASI HAMIL ANAK KEDUA - ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK



"Itu soal peribadi saya. Doakan sahaja yang terbaik," itulah jawapan ringkas pelakon Anzalna Nasir yang lebih selesa kunci mulut selepas sebelum ini pernah memberi bayangan seolah-olah kini hamil anak kedua.

Bagi pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir, 34, itu adalah soal peribadi untuk dikongsi kepada umum. Sementara itu, Anzalna juga berkata, dia mahu memberi tumpuan lebih buat anak lelakinya yang kini berusia dua tahun. Justeru itu, dia memperlahankan kerjaya seni meskipun menerima banyak tawaran berlakon.

"Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami. Tawaran berlakon masih banyak datang, namun saya terpaksa tolak dan perlahankan dahulu kerjaya seni. Biarlah anak saya faham kerja ibunya sebagai seorang pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set," jelasnya.

Untuk makluman, Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki, 34, pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: