31 January 2022

ZAHID & ISTERI BERDEPAN DETIK CEMAS, PUTING BELIUNG MUNCUL DEPAN MATA



"Lailahailallah.. Fuh.. first time tengok puting beliung kt Malaysia depan mata. Kejadian ni jadi kt area Klebang, Ipoh. Sorry pendek sgt video, takut die smp depan mata.

"Lalu area Jalan Tawas pun banyak rumah tercabut atap. Semoga dipermudahkan semua yg terkena musibah ini," tulis penyanyi Zahid Baharudin yang berdepan detik cemas apabila puting beliung setinggi bangunan tiga tingkat muncul depan mata.

Zahid yang ketika itu bersama isterinya Nurul Shuhada Osman, 27, berkata, mereka terpaksa berpatah balik dari kawasan Klebang berhampiran Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai, Ipoh, Perak yang dilanda ribut petang semalam itu kerana bimbang dilanda angin kencang berkenaan.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu berkata, dia ke Ipoh untuk melawat ibunya. Ketika kejadian itu, dia sepatutnya melalui kawasan itu untuk berjumpa ibunya.

Klik untuk gambar besar



"Pertama kali saya lihat sendiri puting beliung depan mata. Mulanya saya tidak menyedarinya dan isteri yang memberitahu ada pusaran angin depan kami.

"Biasanya kalau dalam filem puting beliung akan bergerak dan jadi angin biasa selepas pusaran terlerai. Kami sempat melihatnya sekejap sebelum berpatah balik. Walaupun puting beliung itu terbentuk beberapa minit saja, serpihan zink dan pasir dari kawasan binaan berdekatan yang berterbangan terkena kereta kami.

"Mujur kami sempat berhenti sedikit jauh dari puting beliung itu. Selepas keadaan reda, barulah kami lalu di sana semula dan sedih tengok keadaan rumah berdekatan yang rosak," katanya.




KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: