01 February 2022

BILA SAJAT MAHU LELONG BANGLO DI KOTA DAMANSARA RM9.5. JUTA



Semua sedia maklum mengenai usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Sajjad Kamaruzzaman dimana dia kini menetap di Australia selepas terbabit dengan pelbagai kes.

Terbaru, menerusi laman Instagram, Sajat memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk melelong banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara pada harga RM 9.5 juta.

Dalam hantaran tersebut, Sajat berkongsi mengenai maklumat lelongan banglo berkenaan dan mengalukan mana-mana individu yang berminat untuk membeli kediamannya itu.

Klik untuk gambar besar



Kata Sajat, harga jualan banglo bernilai RM9.5 juta itu boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pihak mereka. Selain itu, pembeli juga ditawarkan dengan pendaftaran percuma dan juga syarat serta terma boleh dirunding agar aset itu segera terjual.

Bagaimanapun, tarikh lelongan tersebut belum diumumkan secara rasmi. Terdahulu, Sajat telah membeli banglo yang asalnya dimiliki oleh Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah mengarahkan harta Sajat disita bagi urusan tuntutan pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar usahawan itu kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: