01 February 2022

INTAN LADYANA & HARRIS ALIF SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG, 'BABY GIRL'



Pada lewat malam Isnin iaitu 31 Januari lalu, pelakon Intan Ladyana telah pun selamat melahirkan anak sulung yang merupakan seorang bayi perempuan.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Intan dan suaminya, penyanyi dan pelakon Harris Alif menerusi laman Instagram masing-masing.

"Alhamdulillah.. all went well lastnight. Our baby girl was born at 11:40pm on 31st january 2022 💕," tulis Intan yang sebelum ini pernah dikejarkan ke hospital setelah disahkan positif C0V1D ketika hamil pada Disember lalu..

Klik untuk gambar besar



"31.1.2022. Alhamdulillah.. Puteri sulung daddy & mommy ❤️. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik," kata Harris pula yang berkongsi foto bersama isteri dan puteri sulungnya ketika berada di hospital.

Untuk makluman, Harris, 23, dan Intan, 40, berkahwin pada 5 Februari 2020 di Kuala Lumpur. Pasangan ini sepakat merahsiakan soal kehamilan namun perubahan pada Intan mula dihidu peminat sejak hujung tahun lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: