01 February 2022

DIKATA 'GEDIK' NAK BERLAKON - NORLIA GHANI ANGGAP PELAKON WANITA ITU KURANG AJAR



Baru-baru ini, pelakon veteran berkaliber Norlia Ghani telah dikata masih 'gedik' nak tawaran berlakon walau dah tua oleh seorang pelakon wanita yang bertudung labuh.

Norlia yang enggan mendedahkan identiti wanita itu berkata dia tidak mahu panjangkan cerita dan kemudiannya menjadi 'viral' (tular). Katanya, pada usia warga emas kini tidak sesuai untuknya terkait dengan isu sehingga viral di media sosial.

"Saya anggap dia kurang ajar. Ibu bapa dia tak ajar hormatkan orang tua. Dah katanya, kita tua dan saya tak marah pun sebab umur sekarang sudah 73 tahun. Tapi dia kata, 'gedik' kenapa?

"Saya ada ganggu dia ke, suami atau anak dia ke? Kenapa tiba-tiba kata 'gedik' dan orang tua macam saya pula dipilih. Pada hal, ada orang lain yang 'gedik' dan lebih daripada 'gedik' pun ada. Tapi, kenapa tak cakap macam itu?,"

Klik untuk gambar besar



"Apapun, bila kita dengar perkataan 'gedik' itu, dalam bahasa kasarnya gatal. Kalau kata saya gatal itu pasal apa, saya ada ganggu suami dia ke? Saya sebenarnya malas nak layan perkara-perkara macam ini.

"Tapi pada saya, dia itu orangnya kurang ajar. Dah tak ada topik nak keluar, dia buat benda-benda macam ini. Biarkanlah sebab saya pun dah biasa. Sudah lebih 50 tahun saya berlakon dan macam-macam orang cakap saya," ujar dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Norlia berkata dia masih lagi gigih 'shooting' drama kera ada rezeki. Ujarnya, dia bersyukur kepada Allah kerana masih memberinya rezeki dan dia jadi bersemangat sebab mampu berlakon lagi.


Ditanya juga dari mana dia tahu mengenai tohmahan terhadap dirinya itu, Norlia berkata benda dikongsi di media sosial. Tapi, tak apalah memang tak mahu melayannya dan panjangkan lagi cerita.

"Lainlah kalau cakap berdepan dengan kita, tahulah nasib dia. Kalau dia kata depan saya 'gedik', paling-paling penampar yang dia dapat," katanya.

Norlia yang sangat popular dengan watak Joyah menerusi drama popular 'Opah' yang disiarkan RTM pada 1980-an berkata, dia hanya mahukan ketenangan dalam kelangsungan hidup di usia emas sekarang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: