02 February 2022

TERUJA ERNIE ZAKRI BAKAL BERSALIN - ANUAR ZAIN TAK SABAR NANTI KELAHIRAN CUCU SAUDARA



"Sudah tentu saya teruja, tak sabar menantikan kelahiran cucu saudara. Ibu Ernie, Raafeah Mohamed rapat dengan saya, kami sepupu. Kak Gie (Ziana) pula rapat dengan adik ibu Ernie. Malah usia mereka pun sebaya.

"Waktu kecil kami rapat sampai ketika dia berkahwin, saya menangis kerana sudah tentu hubungan tidak akan seperti sebelumnya. Kemudian hubungan kami berjalan seperti biasa dan saya pun mulai bekerja.

"Bagaimanapun dengan Ernie Zakri saya tidak berapa kenal, maksudnya ketika dia membesar. Cuma pada enam ke tujuh tahun kebelakangan, baru saya mulai mengenali anak buah saya tu. Suck a lovely girl sebenarnya.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang kita punya hubungan yang sangat rapat, Alhamdulillah. Tambahan pula dia memiliki suami yang baik seperti Syamel. Bagi saya mereka good couple," demikian kata penyanyi terkenal, Anuar Zain yang akui teruja kerana bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru apabila anak saudaranya, Ernie Zakri dijangka menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Keabadian Cinta' ini berkata, dia tumpang gembira selain menyifatkan Ernie dan suaminya yang juga penyanyi, Syamel sebagai pasangan yang saling melengkapi.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: