02 February 2022

3 TAHUN BERCERAI - MAFARIKHA KINI SELAMAT BERGELAR ISTERI SEMULA



Naib juara program realiti, Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama, Mafarikha Akhir, 29, akhirnya telah pun selamat kembali bergelar isteri pada Jumaat lalu dalam satu majlis akad nikah yang diadakan Seri Iskandar, Perak, selepas tiga tahun bercerai.

Mafarikha memilih jejaka yang juga seorang kakitangan syarikat swasta, Muhammad Zariq Noorulyusaa, 28, sebagai suaminya. Perkenalan menerusi aplikasi mencari jodoh lebih setahun lalu membuka pintu hati Mafarikha untuk kembali mendirikan rumah tangga.

"Kami berkenalan secara dalam talian, lebih setahun lalu. Hanya selepas lima bulan mengenali hati budi, barulah kami membawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius.

"Alhamdulillah, kami selamat diijabkabulkan di pejabat agama Seri Iskandar, Perak pada Jumaat lalu. Kami diraikan dalam majlis resepsi di kediaman keluarga saya pada keesokan harinya.

Klik untuk gambar besar



"Pada pertengahan bulan ini, satu lagi majlis resepsi akan diadakan oleh pihak lelaki di Putrajaya," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian

Pada majlis itu, penyanyi lagu Tiba dan Jujur Saja Sayang ini menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh serta mas kahwin sebanyak RM1,000. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Sebagai wanita yang pernah melalui episod duka apabila mahligai dibina runtuh di pertengahan jalan, Mafarikha yang juga bekas peserta program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua berkata, dia sedikit trauma sebelum memutuskan untuk kembali memegang status isteri.



"Hanya status janda, saya sering dihakimi apabila ada yang menganggap saya menjadi punca perceraian. Situasi ini membuatkan saya rasa ragu dan bimbang untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Namun, kehadiran Muhammad Zariq mengubah pendirian saya. Di awal perkenalan, saya tidak sorok status saya.

"Suami dan keluarga mentua menerima saya dengan baik. Malah, sifat suami yang ringan tulang dan pandai menambat hati orang tua membuka pintu hati saya untuk menerimanya," ujarnya yang juga seorang jurusolek profesional ini.

Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi yang pernah mendapat pujian juri program Asia's Got Talent iaitu David Foster, Anggun C Sasmi dan Jay Park ketika menyertai rancangan itu lima tahun lalu berkata, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan kerana mahu fokus dengan kerjaya seni yang baru hendak bermula kembali.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: