Menerusi muat naik di laman Instagram, pelawak Shuib Sepahtu telah berkongsi satu video dimana dia memujuk anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Rindu yang tiada penghujung. Meskipun lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib dan anak-anaknya.
Melihat pada video tersebut, Talita menangis dan mengesat air mata sambil dipeluk Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, di pusara ibunya itu telah mengundang sebak ramai.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu di Instastory, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun: "Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?" tanya Shuib.
Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti: "Matin akan teringat, akan rindu daddy," jawab Matin.
________________________
No comments:
Post a Comment