02 February 2022

BILA VIDA TURUN PADANG BANTU MANGSA PUTING BELIUNG DI IPOH, PERAH



"Kejadian puting beliung... Tornado di Kampung Tawas, Ipoh, Perak. Setahu saya, sudah berpuluh tahun tiada kejadian ini. Beratus buah rumah tercabut bumbung. Tak sampai lima minit tapi kesan dia... trauma dan kesedihan mereka yang terlibat.

"Kebanyakan rumah orang Cina. Beraya dengan keuzuran rumah yang rosak," itulah ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa simpati terhadap apa yang telah berlaku di Ipoh Perak.

Baru-baru ini, kejadian puting beliung atau tornado mini yang berlaku di Ipoh, Perak telah memberikan kejutan yang luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak hanya ia memberikan kejutan, bahkan kesan daripada tornado mini tersebut telah memusnahkan banyak kawasan perumahan dan juga harta benda penduduk setempat.

Klik untuk gambar besar



Justeru, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengambil kesempatan tersebut untuk turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang memerlukan.

"Saya lapang dada, dapat bantu mereka. Saya dengan cara saya. Saya bantu, saya kasih dan sayangkan semua. Semoga kehadiran saya boleh bantu mereka yang terjejas sebab tornado ini di Kampung Tawas, Ipoh, Perak," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, pengikut Vida telah memuji tindakan pantas penyanyi lagu 'I Am Me' itu dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: