02 February 2022

ISTERI LUAH RASA LEGA ALIFF SYUKRI KINI SUDAH BERUBAH



"Sejujurnya saya suka sebab nampak banyak perubahan pada dirinya... dia lebih cool, dengar cakap dan ikut nasihat saya. Kalau dahulu nasihat juga tapi dia tak nak dengar. Contohnya kita cakap jangan buat lagu tapi dia buat juga. Sekarang ini kalau ada orang suruh komen sesuatu isu di media sosial, saya cakap jangan campur hal orang, dia akan okay.

"Apa yang saya nampak kebelakangan ini dia lebih mendengar cakap dan menerima pendapat kita," jelas isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang bersyukur suaminya itu mula menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik dan mengakui Aliff kini lebih mendengar nasihat dan terbuka menerima pandangan orang lain.

Aliff dalam kenyataan sebelum ini berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya dan menjauhkan diri daripada gimik murahan di media sosial, memandangkan anak-anak kini sudah semakin meningkat remaja.

Klik untuk gambar besar



Kata Aliff, dia mula malu dengan anak-anak apabila dikaitkan dengan isu panas, sekaligus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa. Niat Aliff itu mendapat sokongan isteri.

Sementara itu, Shahida memberitahu salah satu nasihat yang diberi kepada suami adalah untuk tidak mengulas sebarang isu membabitkan orang lain di media sosial.



"Apabila ada isu membabitkan rakan-rakan atau orang lain, kita tak nak beri komen atau campur hal mereka kerana takut termakan diri. Hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita. Benda ini berputar, jadi saya rasa cukuplah kita tahu urusan keluarga kita sahaja, sebab kita pun tak tahu hujung pangkal sesuatu isu, bimbang jadi fitnah.

"Hidup kita ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, takkan dah jatuh baru nak sedar, jadi lebih baik ambil langkah awal. Kami pun dah nak masuk umur 40 tahun," ujarnya.

Untuk makluman, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: