08 February 2022

22 FEBRUARI INI - SAJJAD DIKEHENDAKI HADIR MAHKAMAH



Masih dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan, usahawan kosmetik iaitu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan di Facebook hari ini. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mastura Abdul Basher di talian 018-2053955.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersil masih dalam usaha mengesan saksi bagi perbicaraan di Mahkamah Ampang. Saksi iaitu Sajjad beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor," kata kenyataan itu.

Sajat sebelum ini mengesahkan dirinya kini sudah berada di Australia. Sajat memaklumkan sudah secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia ketika 'live' di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, menerusi muat naik di laman Instagram, Sajat mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjelaskan bahawa dia bukan individu berstatus muflis sebagaimana yang didakwa. Menurut Sajat, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang memfitnahnya muflis.

"Berlambak orang fitnah kata Sajat dah bankruptcy bagai! Siap kata, Sajat dah bankruptcy uols! Korang hadamlah yang mengata aku bankruptcy tu! Tak kan aku ampun kan!

"Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa! Giteww… amin, walaupun I dah duduk negara luar, Nur Sajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey. Walaupun name tu, tak SESUAI dengan wajah i cantik ini, nasib kat sini AUSTRALIA, ID sajat female gitew!," tulisnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: