08 February 2022

TAK PEDULI DIKECAM LANGGAR EDAH - ANITA BAHAROM PERLU KELUAR BEKERJA



"Dua teman rapat menawarkan diri untuk menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan penggambaran. Saya perlu kembali bekerja kerana saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah.

"Jika saya tidak keluar bekerja, siapa yang akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya," itulah kata pelakon Anita Baharom yang tidak peduli jika dikecam melanggar edah dek kerana keluar bekerja untuk mencari pendapatan apatah lagi dia yang kini yang menanggung keluarga.

Sudah lebih sebulan pemergian suaminya, pada 1 Januari lalu, Anita berkata dia masih cuba menyesuaikan diri kehidupan bersama anak-anak tanpa insan bergelar suami di sisi. Bukan tidak reda di atas ujian diberikan, Anita berkata dia mengakui sukar untuk melupakan arwah suaminya, Mohd Ismadi Ismail.

Klik untuk gambar besar



"Saya alami rindu yang tidak tertahan kepada suami sehingga seperti orang gila. Setiap hari pada jam 6 pagi, saya bangun dan buka semua pintu, tingkap, lampu dan jeriji besi kerana rasa terkurung dan lemas.

"Setiap jam enam petang, saya duduk menangis di hadapan rumah. Saya cuba tidak menangis kerana penat dan tidak mahu berkabung lama-lama. Namun, sukar untuk saya bendung rasa rindu dan sunyi," jelasnya.

Kata Anita lagi, buat masa ini dia dan anak-anak lebih selesa tidur di ruang tamu. Ujarnya, setiap kali pergi ke tingkat atas yang dihiasi gambar suami, Anita pasti akan menyebut nama suaminya.


"Setiap hari saya dan anak-anak akan bercakap mengenai arwah atau kami akan meniru gaya arwah bercakap. Ketika suami masih hidup, arwah yang bangun menyediakan sarapan jika saya tidak sempat. Arwah juga membancuh air Milo untuk saya.

"Jadi, saya dan anak-anak sentiasa teringat perbualan kami bersama arwah. Itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu kami terhadapnya," katanya.

Terdahulu, suami Anita, Allahyarham Ismadi Ismail meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu pada 1 Januari lalu. Anita pernah memaklumkan arwah suaminya menghidap penyakit kencing manis.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: