06 February 2022

ALMY NADIA UMUM NAMA ANAK KEEMPAT 'NUR AFRINA AISYAH'



"Nur Afrina Aisyah nama diberi. Puteri nombor empat. Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur Alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, Alhamdulillah. Cukup 1 bulan berat sudah 4kg.

"Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia," demikian tulis Datin Almy Nadia menerusi laman Instagram dimana dia berkongsi mengenai anak keempatnya yang dilahirkan 8 Disember lalu, Nur Afrina Aisyah.

Sambil mendedahkan nama puteri bongsunya itu kepada peminat, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu turut bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.

Klik untuk gambar besar



Sambil ramai yang memuji kecomelan bayinya itu, peminat dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat Almy sekeluarga menerusi ruangan komen di hantaran sama.

Untuk makluman, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra. Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: