06 February 2022

5 TAHUN SIMPAN IMPIAN - KINI HASRAT NUBHAN BUKA KLINIK PENGIGIAN UNTUK ISTERI TERCAPAI



"Kalau ikutkan memang isteri pun sudah lama ada impian nak memiliki klinik gigi sendiri. Tapi, saya menasihatinya supaya tidak terburu-buru selain perlu timba pengalaman secukupnya dulu. Untuk membuka klinik sendiri adalah satu amanah besar. Bukan sekadar nak buka perniagaan, sebaliknya kredibiliti dalam segala aspek termasuk pengurusan, kemahiran dan sebagainya harus cukup.

"Bagaimanapun, saya dapati isteri kini memang sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu. Kesungguhannya dalam bidang rawatan gigi cukup mendalam sekarang," itulah ujar penyanyi Nubhan Ahamad, 36, apabila hasratnya membuka klinik gigi untuk isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek, 33, menjadi kenyataan selepas lima tahun menyimpan impian itu.

Nubhan berkata, perancangan membuka klinik yang bertempat di Sendayan, Seremban itu dibuat secara rapi serta mengambil masa bertahun. Penyanyi 'Ada Untukmu' itu berkongsi dia turut menghantar isterinya berguru dengan seorang pakar gigi di Johor beberapa tahun lalu demi menajamkan lagi kepakarannya.

Klik untuk gambar besar



"Bagusnya isteri saya, dia sangat taat dengan apa juga yang disuruh. Mulanya, saya suruh dia timba pengalaman bekerja dengan kerajaan selama dua tahun. Kemudian, saya suruh dia beralih kepada klinik swasta untuk merasai pengalaman berbeza pula. Bahkan, saya sanggup suruh dia berjauhan seketika pergi ke Johor menimba ilmu dengan seorang pakar di sana," katanya.

Nubhan turut mendedahkan bukan mudah untuk menguruskan pembukaan klinik itu. Bagaimanapun, dia cukup bertuah kerana mendapat bantuan daripada adik ipar serta suaminya. Berkongsi mengenai kos pembukaan klinik terbabit, Nubhan tidak nafikan ia menelan belanja besar. Namun dia bersyukur usahanya membuat simpanan sejak beberapa tahun lalu berbaloi.

"Kalau nak buka premis itu, sebulan dua pun boleh saja. Bagaimanapun, yang agak ambil masa adalah pengurusan dokumentasi daripada pihak berwajib dan juga undang-undang. Mujur adik ipar serta biras saya memang keduanya berada dalam bidang pergigian dan sudah ada klinik sendiri. Saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana segala urusan pembukaan itu dikendalikan mereka," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: