06 February 2022

"SEBAGAI SEORANG YANG BARU MENJADI IBU... BERITA RAYAN SANGAT BERI KESAN" - NEELOFA



Pemergiaan adik Rayan selepas lima hari terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter berhampiran rumahnya telah memberi kesan mendalam buat satu dunia termasuk selebriti popular Noor Neelofa yang berkongsikan perasaan sedih dengan kejadian itu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata sebagai ibu yang melahirkan cahaya mata merasai kesedihan bagaimana perasaan kehilangan seorang anak.

Tidak terkecuali beberapa selebriti tanah air turut berkongsi rasa pilu di media sosial ketika usaha menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mengambil masa lima hari dan berakhir tragedi.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu mengenai pemergian Rayan dan mendoakan agar keluarga arwah dapat melalui ujian itu.

"Sebagai seorang yang baru merasa menjadi seorang ibu kepada anak lelaki, berita ini sangat memberi kesan yang berat kepada diri saya sepanjang hari, semalam.

Klik untuk gambar besar



"Jadi sakit kepala bila tengok hantaran Rayan. Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini. Semoga Allah mudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-Nya dan menanti Rayan di pintu syurga," tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, pelakon yang kini hamil enam bulan, Mira Filzah turut berkongsi beberapa hantaran mengenai usaha pencarian sehingga akhirnya Rayan ditemukan meninggal dunia: "Syurga untuk kamu sayang," tulisnya ringkas.

Selain Neelofa dan Mira, ramai selebriti lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Indah Ruhaila, Jasmin Hamid, Yana Samsudin, Amira Othman, Sheera Iskandar dan Che Puan Sarimah Ibrahim yang mendoakan agar Rayan ditemukan selamat di media sosial. Namun Allah lebih menyayanginya.

Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, Maghribi yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: