06 February 2022

DIRAKAM NETIZEN - SHUK KELUAR DENGAN SKANDAL?



Semua sedia maklum mengenai isu rumah tangga pelawak Shuk Sahar apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Serra sering berkongsikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga, sejak tahun lalu sehingga hangat diperkatakan.

Meskipun pelbagai pendedahan dilakukan isterinya, Shuk masih berdiam diri malah Instagram pelawak itu tidak lagi aktif sejak penghujung bulan lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @xnurazli_ memuat naik video secara tidak sengaja terjumpa pelawak berkenaan di kedai makan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video berkenaan, Shuk dilihat bersama seorang wanita namun tidak diketahui identitinya memandangkan diambil dari belakang. Namun, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan individu itu dipercayai wanita sama yang menjadi punca kontroversi sebelum ini.

Malah, ada yang mengatakan baju dan tudung yang dipakai oleh individu dalam gambar itu sama seperti dalam posting dikongsikan di Instagram 'wanita' berkenaan.



Sementara itu ada beberapa netizen yang mendakwa pernah melihat Shuk bersama wanita berkenaan di tempat lain juga. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa geram serta mempersoalkan pelawak itu tetap curang walaupun ada desas-desus mengatakan dia cuba berbaik dengan isterinya.

Tak hanya itu, netizen turut mempersoalkan tindakan wanita di hadapannya yang duduk di atas tiga buah kerusi seperti yang sering dilakukan kepada kanak-kanak yang tidak sampai untuk makan diatas meja berikutan meja tersebut terlalu tinggi.

Baru-baru ini, Serra ada berkongsikan beberapa paparan mesej daripada seorang individu dipercayai daripada suaminya. Mesej tersebut seolah memberi gambaran individu tersebut memohon maaf di atas apa yang terjadi serta meminta peluang untuk bersatu semula.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: