06 February 2022

BILA USOP & ISTERI BAHASAKAN DIRI 'DADDY', 'MUMMY' TERIMA USIKAN RAKAN ARTIS & NETIZEN



"Terima kasih mummy kerana terima daddy seadanya.. Insyallah daddy akan jaga mummy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ni berkekalan sampai ke jannah... amin," itulah tulis penyanyi Usop Mentor menerusi laman Instagram miliknya dimana dia dan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim berbahasakan diri mereka sebagai 'Daddy' dan 'Mummy'.

Baru dua hari mendirikan rumah tangga, panggilan pasangan pengantin baru itu menarik perhatian wargamaya. Menerusi laman sosial Instagram, Usop berkongsi sebuah video bersama Fatihah atau lebih mesra disapa sebagai Teha yang sedang mempromsikan sebuah produk.

Panggilan manja 'mummy' dan'daddy' itu mengundang pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya mengusik pengantin baru tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkongsian itu juga, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, meluahkan ucapan terima kasih buat Teha yang menerima dirinya dengan seadanya dan mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan.

"Aiiii anak belum keluar dah mami dadi sopp?" tanya Shafiq Farhain. - "Ewahh dah mama daddy eh," kata Catriona Ross. - "Aiyoo mummy daddy teruihh hahaha," ujar seorang wargamaya.

"Auto mummy daddy. Nasib bukan mak hang pak hang. Selamat pengantin baru Ucop dan wife," komen seorang wargamaya. - "Mummy daddy bior benor Sop. Kemahen," kata seorang wargamaya.



"Amboi baru dua hari kawin dah jadi mommy daddy. Btw tahniah, semoga bahagia akhir hayat," tulis seorang wargamaya. - "Panggil baby la Sop baru pengantin baru," usik seorang wargamaya lagi.

Pada Jumaat lalu iaitu 4 Februari, Usop selamat bergelar suami pada Fatihah selepas dua tahun berkenalan dalam satu ajlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan pihak lelaki pula akan diadakan pada 13 Februari 2022 di Kulim Kedah.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: