06 February 2022

SELEPAS IBU MENINGGAL DUNIA - AARON AZIZ TAWAR HATI PULANG KE SINGAPURA



Pelakon Datuk Aaron Aziz memberitahu kehilangan ibu tercinta dua tahun lalu memberi kesan yang amat mendalam buat dirinya sehingga beliau kini rasa tawar hati untuk pulang ke Singapura kerana suasananya tidak sama seperti dahulu.

"Selepas ibu meninggal, saya jadi tawar hati untuk pulang ke sana. Dahulu ada alasan untuk balik iaitu berjumpa ibu. Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana. Tambah lagi dengan kesibukan kerja. Jadi tak terlalu fikirkan soal nak pulang ke Singapura," ujar Aaron.

Ibu Aaron iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia akibat serangan jantung pada November 2020. Aaron memberitahu anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berada di sana akan berkongsi cerita setiap kali menziarah pusara ibunya.

Klik untuk gambar besar



"Keadaan sekarang pun menyebabkan kami sukar untuk ke sana. Bagaimanapun anak saya akan berkongsi gambar dan cerita apabila ziarah ke pusara ibu. Itu momen menyedihkan kerana dia tidak dapat pulang ketika ibu saya meninggal," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aaron terus memberi fokus kepada kerjaya, pelakon filem 'Pisau Cukur' ini sibuk dengan urusan perniagaan selain dunia lakonan. Aaron juga akui selesa bergelar seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun memasarkan produk wangian jenama sendiri The Oud by Aaron Aziz.

"Ketika memulakan perniagaan, niat saya adalah untuk membantu orang di luar sana menjana pendapatan lebih. Syukur ia mendapat sambutan yang memberansangkan. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: