05 February 2022

SELEPAS 3 TAHUN - DR AMALINA TERUJA BERTEMU SEMULA DENGAN AINUL MARDHIAH DI MALAYSIA



"Seronok dapat berjumpa Ainul dan ibu bapanya semula. Alhamdulillah, Ainul sihat dan ceria," demikian tulis pelatih Pakar Bedah Am, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang berkongsi perasaan gembira apabila dapat bertemu semula dengan kanak-kanak yang pernah dibantu olehnya sebelum ini bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut iaitu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Nur Amalina yang kini berada di Malaysia itu melalui hantaran di laman Instagramnya memberitahu, dia berasa seronok dapat meluangkan masa bersama dengan Ainul Mardhiah yang kini sudah kembali sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain.

Sementara itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi turut memuat naik pertemuan mereka bersama Dr Amalina di laman Instagram miliknya.

"Terima kasih Dr Nur Amalina luangkan masa dengan kami. Best dapat berjalan dan berborak dengan Dr dan suami. Insya-Allah, nanti kami pula akan ke London," katanya.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa gembira dengan perjumpaan tersebut selepas hampir tiga tahun pembedahan Ainul Mardhiah di London selesai.

"Alhamdulillah, sebak pula lihat pertemuan semula ini." - "Syukur atas bantuan Dr, adik Ainul dah sihat sekarang." - "Takkan lupakan kisah ini, bila pembedahan itu sukar untuk dilakukan di Malaysia, Dr. Amalina ambil tindakan pantas," antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Dr Amalina merupakan individu yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram. Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tumour, selamat menjalani pembedahan selepas ketumbuhan pada mulutnya berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: