05 February 2022

DATUK ZAINAL ABIDIN BERPENDAPAT PENERBIT 'BERAT SEBELAH', PILIH YANG 'ELOK' JADI JUARA



"Persoalan saya apakah mereka mencari penyanyi yang baik atau penyanyi yang memiliki rupa paras elok? Saya tiada tentangan dengan pemilihan Aliff, itu rezeki dia. Tetapi apakah dia penyanyi terbaik pada malam itu? Saya menyaksikan program itu dari awal. Bagi saya, ada lagi peserta yang lebih layak untuk berada dalam kedudukan juara.

"Sebagai penggiat yang sudah dalam industri, saya berpendapat kebanyakan peserta menyanyi sumbang tetapi juri masih mengatakan nyanyian mereka baik," kata penyanyi Datuk Zainal Abidin, 62, yang berpendapat penerbit kebanyakan program realiti bersikap 'berat sebelah' apabila memilih peserta bersandarkan paras rupa semata-mata.

Ujar Zainal, dia juga mewakili suara netizen yang dilihat tidak berpuas hati apabila bakat dari negara jiran turut 'diangkat' berbanding penyanyi tempatan.

Ditanya adakah kenyataan dibuat berkaitan kemenangan Aliff Aziz pada program Gegar Vaganza (GV8), baru-baru ini, Zainal bagaimanapun tidak mempertikaikan kemenangan penyanyi kelahiran Singapura itu, sebaliknya, menganggap ia adalah rezeki.

Bagaimanapun Zainal tertanya-tanya adakah kualiti suara Aliff lebih baik berbanding lima peserta lain sehingga membolehkan dia dinobatkan juara?

Klik untuk gambar besar



Menurut Zainal, dia berpandangan juri program realiti perlu bersikap telus agar penonton tidak mempertikai kredibiliti mereka, lebih-lebih lagi apabila timbul isu konon keputusan bocor dan tular.

Tambah Zainal, industri hiburan tidak seharusnya dipolitikkan kerana menyifatkan perkara itu boleh menghancurkan profesionalisme industri seni yang didakwa sudah lama terumbang-ambing.

Dalam pada itu, Zainal juga berasa penggiat seni dari luar negara tidak perlu 'diangkat' tinggi atau lebih daripada bakat tempatan dalam sesebuah program realiti.

Zainal mengaku tiada keperluan penerbit program realiti berbuat demikian, sedangkan hakikatnya penyanyi dan bakat tempatan sukar mendapat peluang untuk menembusi pasaran di negara seberang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: