11 February 2022

ANAK KEDUA SELAMAT DILAHIRKAN - EZZATY ABDULLAH & AZWAN KOMBOS TIMANG BAYI LELAKI



Pada jam 3.53 pagi tadi, pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos telah pun selamat menimang cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rawang.


Berita gembira itu turut dikongsikan oleh pasangan ini menerusi Instagram mereka sebentar tadi. Bayi lelaki mereka dilahirkan secara normal dengan berat 2.95 kilogram.

"Alhamdulillah, sudah ada sepasang (anak). Banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia yang sudah berusia lima tahun.

Klik untuk gambar besar



"Berat kelahiran, doktor yang melakukan prosedur dan cara ‘induce’ atau proses bersalin secara paksaan juga sama. Apa yang berbeza hanya rasa sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Ezzaty berkongsikan proses bersalin buat kali kedua yang dilaluinya itu amat menyakitkan namun meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan.

"Kali ini, jujur saya akui rasa macam hendak tercabut nyawa. Inilah pengalaman dan proses kelahiran seperti yang selalu saya dengar dan diceritakan.



"Tetapi di sebalik semua itu, Allah mempermudah dan mempercepatkan proses kelahiran anak ini. Jadi, tidak terlalu lama saya harus menahan sakit," ujarnya.

Kata Ezzaty lagi, dia sudah mempunyai nama buat puteranya itu dan akan berkongsikan wajah anaknya itu selepas tujuh hari kelahiran. Pelakon drama 'The Maid' ini turut memaklumkan akan menjalani proses berpantang di kediaman ibunya di Bentong, Pahang.

"Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini. InsyaAllah selepas ini saya sambung berpantang di rumah mak. Saya bawa confinement lady sekali untuk tinggal di kampung selama 44 har," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: