11 February 2022

KAHWIN MUDA - TEGAR JELAS MAHU ELAK DARIPADA ZINA



Umum sedia maklum, penyanyi yang dulu popular dengan lagu 'Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang' iaitu Tegar Septian sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak.


Mengulas mengapa dia memilih untuk berkahwin di usia muda ketika berusia 19 tahun pada 20 Mac 2020, Tegar berkata mahu elak daripada zina.

"Kerana mahu menghulangkan zina," kata penyanyi yang berasal dari Indonesia dan kini namanya kembali menjadi sebutan ramai apabila menjadi salah seorang peserta Big Stage 2022.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Tegar juga memberitahu sejak mendirikan rumah tangga dia sudah jarang melepak bersama kawan-kawa serta fokus pada video YouTube dan hanya fikir tentang keluarga.

"Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya," ujarnya.

Terdahulu, Tegar berkahwin dengan Sarah Sheilka dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: