11 February 2022

RANCANG GABUNGKAN MIA SARA & PUTERI BALQIS DALAM 'AIS KRIM CINTA' - AYU PUTEH HARAP MEREKA BERDAMAI



Nampaknya konflik yang membabitkan dua pelakon muda berbakat besar iaitu Mia Sara dan Puteri Balqis telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh dimana dia berharap isu ini dapat diselesaikan secara berhemah.


Ayu mengakui bimbang jika kemelut ini terus berlarutan memandangkan kedua-duanya merupakan pelakon hebat yang boleh menjadi pelapis industri lakonan tanah air.

"Sebenarnya sejak bulan lepas saya memikirkan mengenai pelakon pelapis yang akan mengganti hero dan heroin hebat kita yang sedia ada. Dalam pemikiran saya Mia dan Puteri Balqis mempunyai peluang cerah untuk menyinar.

Klik untuk gambar besar



"Sejujurnya sebagai penggiat seni saya bimbang dengan konflik yang berlaku membabitkan mereka berdua ini. Kedua-duanya pelakon berbakat yang akan menjadi pelapis masa depan.

"Pada pendapat saya kalau betul Mia Sara bersalah, minta maaf sahajalah, tak rugi minta maaf sebab masing-masing pun ada keluarga, malu kalau orang luar tengok dan terus kecam.

"Lebih untung kalau kita ada sifat rendah diri dan akui kesilapan, maaf dan memaafkan itu lebih baik. Industri kita ni pun kecil sahaja, kita akan berjumpa juga satu hari nanti," ujarnya yang mengulas mengenai perang dingin membabitkan dua pelakon muda ini di media sosial, baru-baru ini.


Dalam pada itu, Ayu mendedahkan dia sudah merangka perancangan untuk menyatukan kedua-dua pelakon ini dalam sebuah filem yang akan ditayangkan di sebuah stesen televisyen berbayar. Kata Ayu, sejak awal lagi dia merancang menyatukan dua pelakon remaja ini dalam satu karya kerana mengagumi bakat lakonan mereka.

"Sejujurnya, sejak awal Januari lagi dah terdetik nama kedua-dua pelakon ini untuk disatukan dalam drama atau filem. Kami dah buat skrip dan jalan cerita mengenai cinta remaja dan sudah menyenaraikan empat pelakon utama iaitu Mia, Puteri Balqis, Afieq Shazwan dan anak saya, Alif Ali.

"Perancangan awalnya supertele ini berjudul Ais Krim Cinta... skrip, jalan cerita, semuanya dah selesai cuma tunggu masa nak propose pelakon sahaja. Sayang la kalau gaduh-gaduh macam ini sebab mereka berdua adalah heroin harapan yang kita ada, jadi saya harap impian nak menggabungkan mereka dalam filem ini akan tercapai kelak," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: