11 February 2022

BILA IQBAL DAPAT TAWARAN BERLAKON PULA



Kontroversi berkenaaan penyertaan Iqbal Zulkefli di program Big Stage 2022 masih hangat diperkatakan sehingga kini. Meskipun begitu, rezeki Iqbal semakin mencurah-curah apabila usahawan sensasi itu apabila bakal bergelar pelakon pula.


Tidak peduli tentang pandangan netizen terhadap dirinya, Iqbal berkata peluang berlakon mungkin cuma datang sekali sahaja. Menurut Iqbal, dia dihubungi oleh pelakon dan pengarah Erma Fatima untuk berlakon bersama pelakon, Zul Ariffin dan Mimi Lana.

"Saya perlu betulkan mindset orang kita juga. Apabila dapat sesuatu peluang, jangan lepaskan sebab peluang tu tak selalu datang. Walaupun kita tahu bukan yang terbaik. Saya memegang watak yang besar juga. Dah dapat tawaran cuba je la. Tak boleh la hero, saya tak layak jadi hero saya rasa," katanya.

Klik untuk gambar besar



Mengulas mengenai kata-kata netizen bahawa dia menyanyi dan berlakon kerana hanya dirinya berduit, Iqbal berkata tidak semuanya kita boleh dapatkan dengan duit.

"Tidak semua perkara kita boleh beli dengan duit. Ingat tu. Walaupun kita ada duit tapi tak ada attitude yang baik, orang takkan berurusan dengan kita. Yang content tu tak apa nak kecam, sila kecam. Tapi ini kita bekerjasama dengan orang. Saya bukan seorang yang kalau nak, aku bayar kau, aku bayar kau, saya takkan ada prinsip macam tu. Kak Erma yang hubungi saya dulu," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: