11 February 2022

"I DAH NAK LAMA SAMAN.. YES, SEE YOU IN COUNT" - PUTERI SARAH LIYANA



"Finallyyyyy. Nak sangat saman orang yang I dah lama nak saman. Yessssss, C u in count," itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu.


Puteri Sarah, 37, berkata, selepas sekian lama memendam rasa dan bersabar dia akhirnya nekad untuk membawa masalah yang berlaku ke muka pengadilan.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat. Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah. Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu, biarpun menyedari kos guaman tidak murah dan mengambil masa panjang untuk diselesaikan, namun dia sanggup menunggu sehingga kes terbabit selesai.

"Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku," ujarnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: