11 February 2022

EBBY YUS LUAH SYUKUR TERIMA BANTUAN BINA RUMAH BARU RM56,000



Semua sedia mengetahui mengenai pelakon dan pelawak Ebby Yus yang sebelum ini ditimpa dugaan dimana rumah impiannya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor itu musnah dihanyutkan banjir, Disember lalu dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM200,000.


Terkini, Ebby meluahkan rasa syukur apabila menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000. Ebby berkata, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya.

"Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

"Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Risau kejadian yang sama berulang pula pada masa hadapan.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang," katanya.

Sementara itu, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, turut berkongsi perkembangan kesihatannya yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru.

"Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

"Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: