11 February 2022

ATU ZERO BAWA ISTERI SAMBUT ANNIVERSARY DI MASJID: "SUAMI TAK PANDAI NAK SURPRISE"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari telah meluahkan rasa gembira apabila suami membawanya ke masjid di hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Menurut Shafeeqa, suaminya tidak mahir dalam membuat kejutan namun pada hari itu dia terkejut serta terharu kerana buat pertama kalinya dapat mendengar ceramah secara langsung pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin.

"Sejuk je wajah beliau. Alhamdulillah…dapat jumpa insan yang saya kagumi. Selalu tengok kat Youtube, live fb je. Hari ini dapat tengok depan-depan.

Klik untuk gambar besar



"Saya dapat suami tak pandai lah nak buat suprise… nak sorok-sorok berahsia dengan saya memang dia tak pandai. Mesti kantoi... saya ni teliti orangnya...

"Tapi hari ni dapat suprise. Allah yang bantu dia suprisekan saya. Tiada anniversary dinner... dia bawa saya pergi masjid lah... Tak rancang pun tapi sampai Masjid Bukit Jelutong tu ngam-ngam ada Habib Ali Zaenal. Dapat lah dengar ceramahnya live," katanya.

Menerusi entri tersebut, Shafeeqa memuat naik video ketika pendakwah popular itu sedang memberi ceramah di masjid berkenaan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: