26 March 2022

AL-FATIHAH - AMRAN TOMPEL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 4.37 petang, hari ini, pelakon dan pelawak Amran Tompel atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie, 72, telah menghembuskan nafas terakhir semasa dalam tempoh kuarantin akibat C0V1D di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang.


Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

"Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya. Kematiannya berpunca dari kanser usus, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif C0V1D dan jalani kuarantin. Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Amran mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar. Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Klik untuk gambar besar



Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak. Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.

Takziah diucapkan kepada keluarga Amran Tompel. Al-Fatihah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: