26 March 2022

ADAKAN MAJLIS RESEPSI SELEPAS SETAHUN BERNIKAH - AZLEE KHAIRI MAHU BINA KISAH BARU



Pada 18 Mac lalu, pelakon Azlee Khairi dan isterinya, Nurul Hidayah atau Dhiya yang sudah setahun bernikah itu telah menganjurkan majlis resepsi di sebuah premis acara di sini.


Azlee yang kembali diperkatakan peminat selepas muncul dalam drama 'Seadanya Aku' dan 'Rahimah Tanpa Rahim', sebelum ini membuat kejutan dengan mengesahkan mereka sudah bernikah, awal tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang kini berusia enam bulan. Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua buat Azlee dan Dhiya. Dalam perkahwinan lalu, Dhiya dikurniakan dua cahaya mata.

Klik untuk gambar besar



Enggan menoleh ke belakang, Azlee atau nama penuh, Azlee Khairi Zulah Hainee, mahu membina hidup baharu bersama Dhiya, selain meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang sangat memahami.

"Perkara lepas biarlah berlalu. Kami tidak mahu ungkit atau bercerita lagi. Kami hendak pandang ke depan membina kebahagiaan baharu. Syukur kepada Allah. Buat kali pertama, kami berkumpul semula bersama keluarga dalam majlis resepsi ini... Doa yang terbaik untuk kami.

"Dia sentiasa menjadi tulang belakang dan pembakar semangat saya untuk bekerja. Dhiya sangat memahami dan boleh terima jenis kerja saya. Biasalah kerja seni, kadang-kadang berlanjutan hingga lewat malam. Mereka yang tidak memahami, mungkin akan jadi isu.



"Kadang-kadang waktu bekerja lebih banyak berbanding masa bersama keluarga. Sebab itulah, apabila ada masa terluang, saya akan habiskan masa berkualiti dengan isteri dan anak," katanya.

Mengulas keperibadian isteri, Azlee menyifatkan Dhiya ibu yang bertanggungjawab: "Selama mengenali isteri, dia ada ciri wanita yang bagi saya antara terbaik.

"Dhiya ibu yang baik dan boleh menjaga rumah tangga dan keselesaan kami. Malah, kami serasi persis ada kuasa telepati. Sebagai contoh, kalau ada perkara Dhiya fikir, saya pun terlintas perkara sama. Kadang-kadang apabila kami bercakap terpacul ayat sama," ujarnya.























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: