26 March 2022

DAYANA ROZA LALUI PROSES 'MENTAL BREAKDOWN' - SEMINGGU ANAK ALAMI SEMBELIT, NAJIS BERDARAH



"Sah seminggu lebih @astridraheeya poopoo (buang air besar) keras dan kadang-kadang berdarah. Setiap kali poop mesti dia menangis. Dah tukar diet dia ke high fiber fruits dan veggies pun sama.


"Hari Rabu, lepas habis shooting umi call beritahu Astrid masih menangis waktu poop. Jadi bawa dia pergi hospital untuk check. Memang dah plan kalau tak okay juga nak tukar susu tapi nak minta pendapat doktor dulu.

"Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras dan kena x-ray, bila result keluar rupa-rupanya poop Astrid dah penuh dan block sampai usus atas," kata pelakon Dayana Roza yang berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya iaitu Astrid Raheeya berdepan masalah kesukaran untuk membuang air besar dan adakalanya mengalami pendarahan.

Berkongsi perkara terbabit di laman Instagram, Dayana memberitahu biarpun sudah menukar permakanan namun anaknya yang kini berusia sembilan bulan masih berdepan masalah yang sama sejak seminggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa perut anaknya sudah dipenuhi dengan najis yang tersekat sehingga usus atas. Susualan itu, pelakon drama 'I Promise Janji Anaqi' ini memberitahu anaknya terpaksa ditahan wad untuk menjalani rawatan ujian darah.

"Doktor cakap kena warded for blood test, masuk drip dan flush poop dia. Ada kes yang teruk sampai baby kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis. Saya terus seram sejuk dengar dan doa harap selepas flush terus okay. Tak nak sampai operate, tak sanggup," tutur Dayana.

Selain itu, anaknya juga mengalami bintik-bintik disebabkan alahan ubat antibiotik yang diberikan. Lebih pilu bayi itu mengalami trauma setiap kali diperiksa jururawat.



"Ketika kena suntik tangan dia untuk drip tu rasa hancur sangat hati tengok dia menangis. Hasil keputusan ujian darah pula, memang dah mula ada infection dan setiap hari kena suntik antibiotik. Lepas itu, Astrid ada alahan pula dengan antibiotik tu naik merah macam kena gigit pepijat kat badan dia. Tapi dah okay lepas tukar ubat.

"Dalam sehari tak tahulah berapa kali Astrid menangis kat hospital, dia trauma nampak nurse masuk, menangis merengek saja sebab perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup macam kat rumah," ujarnya.

Bagaimanapun, Dayana yang melahirkan anak perempuannya pada julai tahun lalu dalam keadaan pramatang atau tidak cukup bulan iotu meluahkan rasa syukur apabila keadaannya semakin stabil dan proses pencernaannya berjalan lancar selepas rawatan.



"Tak sangka sembelit untuk baby boleh sampai macam ni. Kita orang besar ni kalau tak boleh poop minum detoxje senang tapi baby tak boleh, dah la tak boleh cakap yang dia sakit ke tak selesa.

"Bila anak sakit memang jadi stress, penat tak cukup tidur semua. Memang mental breakdown bila tengok Astrid macam ni. Itu sebab mama bawa semua toys favourite dia, walker bagai. Lantaklah orang cakap macam nak pindah rumah asalkan anak aku happy.

"Alhamdulillah harini Astrid dah nampak okay. Hasil flush pun berjaya, banyak poopoo dan tak keras dah. Makan tak payah cakaplah dia sakit ke tak memang sentiasa berselera. Menangis pun dah tak seteruk sebelum-sebelum ni. Kalau dia boring ke apa mama cuba sedaya upaya untuk hiburkan dia," tuturnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: