03 March 2022

ALAMI SESAK NAFAS & SERANGAN ANXIETY - LIZA RAFAR TUMBANG DI SET PENGGAMBARAN



Ketika menjalani penggambaran drama berjudul 'Amanat Wasiat Sumayah', pelakon Liza Rafar telah dikejarkan ke hospital Putrajaya pada Rabu selepas mengadu sesak nafas. Menurut adiknya yang pelakon iaitu Diana Rafar, Liza baru sahaja pulih daripada C0V1D dan turut mengalami masalah anxiety.


"Kak Liza memang ada anxiety dan dia baru sahaja pulih daripada C0V1D. Mungkin disebabkan long C0V1D dan penggambaran yang terlalu lama menyebabkan dia sesak nafas di lokasi penggambaran.

"Saya pun dapat tahu daripada kru produksi yang menghubungi saya memberitahu hal tersebut. Mereka kata Kak Liza terlalu lemah dan tidak boleh bernafas," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Bagaimanapun, Diana berkata, kakaknya itu kini sudah berada di rumah dan sedang berehat. Tambahnya, doktor menasihatkan supaya Liza diberi pemantauan rapi dan dibawa semula ke hospital jika keadaan menjadi serius.

Klik untuk gambar besar



"Selepas menerima rawatan di unit kecemasan, Kak Liza dibenarkan pulang dan dia sedang berehat di rumah. Saya sendiri belum bercakap dengan dia. Biarlah berehat dahulu. Dah lama juga dia tidak diserang anxiety yang teruk begini. Saya juga sangat risau sehingga tidak boleh tidur semalam," ujarnya.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini turut berkongsi dia dan keluarga baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas dijangkiti C0V1D. Katanya, dia juga mengalami simptom sukar bernafas dan hilang selera makan.

"Saya pun baru tamat kuarantin. Memang terasa sukar bernafas sekarang ini. Nak makan pun tidak ada selera dan asyik muntah. Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: