02 March 2022

PALSUKAN KAD PENGENALAN - ABANG ISA KHAN, ALIFF ALLI DITAHAN & BERDEPAN PENJARA



Pelakon sinetron kelahiran Malaysia, Aliff Alli baru-baru ini telah didakwa memalsukan kad pengenalan anaknya sekaligus melanggar akta anak republik tersebut. Dakwaan tersebut membuatkan adik-beradik kepada Miller Khan dan Isa Khan ini ditahan pihak berkuasa polis Indonesia.


Penahanan tersebut terjadi selepas segala bukti yang pernah dilampirkan oleh bekas isterinya, Aska Ongi pada tahun lalu menunjukkan memang terjadi penipuan saat Aliff mendaftarkan kad pengenalan anak mereka. Menerusi laporan Kompas, Aliff ditahan pada 1 Mac 2022 dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah.

"Pihak berkuasa telah menahan Aliff dan ditetapkan sebagai tersangka (orang kena tuduh) selepas memiliki semua bukti terkait dakwaan yang pernah dibuat oleh bekas isterinya. Penahanan ini juga dilakukan agar yang terkait tidak melarikan diri pulang ke Malaysia kerana dia masih berstatus warganegara sana," ujar wakil polis Kabid Humas Polda Metro Jaya Jakarta, Kombes Pol E Zulpan di Polda Metro Jaya.

Klik untuk gambar besar



Menurut fakta kes, Allif ditahan kerana memalsukan kad pengenalan anaknya sewaktu berkahwin dengan Oska. Lelaki berusia 30 tahun itu didakwa telah mencantumkan nama anak dan namanya sebagai bapa. Tindakan itu dianggap salah dalam akta anak di Indonesia kerana pasangan tersebut menikah secara siri (tidak mendaftarkan pernikahan secara sah).

Aliff sepatutnya mendaftarkan nama anak dan nama bekas isterinya, Oska pada kad pengenalan kanak kanak tersebut. Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini sempat menjadi kontroversi selepas mereka turun naik mahkamah.

Pada waktu itu, Aliff sempat mengaku berkahwin dengan Oska bukan kerana cinta, tetapi kerana terlanjur membuat Instafamous tersebut hamil: "Saya kahwin kerana sayangkan anak itu. Dia anak luar nikah," ujar Aliff tidak lama dulu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: