Selepas tujuh hari kelahiran, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel menerusi laman Instagram miliknya masing-masing telah memaklumkan mereka memilih nama 'Nur Khawla Soleha' untuk anak sulung mereka yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
"Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt. ❤. #CallMeKhawla," tulis kapsyen pasangan ini.
Perkongsian pasangan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pemilihan nama berkenaan yang cukup indah.
Dalam pada itu, ada netizen berkongsikan sejarah sebalik nama Khawla merupakan seorang srikandi yang hebat dan kisahnya tercatat di dalam Al-Quran.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment