07 March 2022

ANAK AYDA JEBAT MENANGIS TANPA HENTI - IBU NAMPAK LEMBAGA HITAM MERANGKAK DI BILIK HOTEL



"Semalam (kelmarin), saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik. Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus menangis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakutan.


"Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan Azan tetapi dia masih menangis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin menangis," kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang berkongsikan pengalaman menakutkan apabila anak sulungnya, Ana Nayla menangis ketika bermalam di sebuah hotel di ibu negara.

Berkongsi perkara tersebut menerusi entri di Insta Story, Ayda yang sudah lebih enam bulan bergelar ibu itu berkata sebaik sahaja masuk ke bilik hotel anaknya menangis tanpa henti seperti dalam ketakutan.

Klik untuk gambar besar



Kata Ayda lagi, anaknya tidak mahu minum susu dan hanya menangis membuatkan dirinya tidak tenang. Lebih menakutkan, ibunya memaklumkan terlihat lembaga merangkak di bilik hotel berkenaan.

"Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ibu memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik saya ke biliknya.

"Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepenatan menangis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu kami bilik hotel ini tidak 'elok'. Mama terlihat sesuatu me­rangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilir air," ceritanya lagi.



Tambahnya, mereka sekeluarga nekad untuk pulang ke rumah kira-kira jam 2.40 pagi. Dalam pada itu, katanya lagi apa yang berlaku itu turut menjadi pengajaran buat mereka.

"Pengajaran untuk kami dan ibu bapa lain, nak bawa anak kecil ke hotel kena kaji dulu hotel tu okey ke tak, ini la orang tua kata mata budak kecil boleh nampak. Jadi berhati-hati kalau tak nak jadi macam kami.

"Penat sangat.. tapi lagi penat dan sedih tengok anak menangis tak henti sampai mata bengkak. Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: