07 March 2022

"APA SAJA KECAMAN, SAYA TAK AMBIL TAHU" - MAS IDAYU



"Saya memang tak ambil peduli dan tak tahu pun orang maki saya. Lagipun mereka bukan jenis berduit, ada duit pun beli 'top-up' untuk mengutuk orang. Namun, saya bersyukurlah sebab ada pahala lebih daripada orang yang mengutuk itu.


"Sebenarnya ketika bekerja di Indonesia saya teruk kena maki hamun. Macam-macam ayat keluar daripada orang di sana. Pada awalnya memanglah agak terkejut sebab orang di Malaysia pun tak seteruk ini apabila kecam, tapi apabila saya selidik mereka kata itu perkara biasa.

"Kalau masih ingat kes saya dengan Baby Shima sebelum ini, kes itu saya kena hentam teruk. Saya tak tahu pun kes berkenaan kecoh di media sosial sehinggakan salah orang lain fasal bendera Indonesia terbalik pun saya kena kecam dan ramai pakat 'unfollow' Instagram.

Klik untuk gambar besar



"Jadi sekarang ini apa saja kecaman, saya tak ambil tahu. Apa yang penting saya nak bentuk bakat baru yang berkualiti dan mahu mereka kelihatan cantik di atas pentas ketika buat persembahan," katanya. Menurut Mas Idayu, segala komen pedas yang dibuat bukan untuk raih perhatian ramai, sebaliknya mahu membentuk mereka menjadi lebih baik.

"Saya tegur sebab sayang. Kalau saya masih marah dan mahu menegur, orang boleh fikir yang saya ambil perhatian terhadap peserta itu berbanding saya berdiam diri dan tak betulkan persembahannya.



"Selagi saya menegur persembahannya dan kemudian peserta itu ada perubahan positif, maknanya dia mendengar cakap saya. Lagipun sekarang ini bakat baru terlampau ramai, jadi bila ada program realiti kita tahu pilihan yang dibuat itu adalah yang terbaik," itulah kata penyanyi Mas Idayu yang menjelaskan dirinya sudah tidak ambil peduli terhadap sebarang kecaman yang diterima.

Kini menjadi juri tetap program realiti Mic On Musim 2 di Awesome TV, Mas Idayu sememangnya sinonim dengan komen pedas apabila berada di kerusi juri program nyanyian

Mas Idayu berkata, sejak bekerja di Indonesia sebagai juri program realiti, dia sudah kalis dengan kecaman sebaliknya membiarkan golongan itu terus mengutuk.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: