07 March 2022

TEMA 'THIS IS SITI NURHALIZA', TOKTI BUAT PERSEMBAHAN PENUTUP - BIG STAGE DITUDUH KACAU RATING AJL-36



"Pandai ya Astro tahu minggu ni ada AJL, terus mereka buat tema Siti Nurhaliza. Malam ni terbaiklah semua lagu Siti Nurhaliza." - "Big Stage nak lawan dengan AJL, jadi mereka buat tema Siti Nurhaliza dan TokTi pun perform sekali hari ini.


"Big Stage bagi Siti Nurhaliza buat persembahan istimewa di penutup sebab nak mengimbau kenangan menang AJL dulu. Betul-betul kejar rating AJL36 dengan Big Stage ni," antara komen-komen netizen yang mendakwa pemilihan tema konsert minggu kelima program Big Stage 2022 iaitu mengangkat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai strategi menarik penonton.

Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 iaitu Mohd Noor Firdaus Mahadi tampil menjelaskan pemilihan tema 'This Is Siti Nurhaliza' bukanlah bertujuan untuk menggugat rating Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bersiaran langsung di TV3 pada malam Ahad. Katanya, Astro bersaing secara sihat dan mahu memberi pelbagai pilihan kepada penonton untuk memilih rancangan terbaik.

Klik untuk gambar besar



"Pada pandangan kami kita bersaing secara sihat, kita menawarkan content dan kandungan program terbaik untuk penonton di luar sana, terpulang kepada mereka nak menonton yang mana satu. Kalau terlepas tengok konsert minggu ini, tak ada masalah untuk mereka tonton semula menerusi platform digital kami," ujarnya yang sebagai berkata kepada mStar.

Konsert minggu kelima menyaksikan sembilan peserta diberi tugasan menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza. Pada konsert istimewa tersebut, Siti Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap Big Stage itu menyanyikan dua lagu hitnya iaitu 'Nirmala' dan 'Hati Kama'.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: