07 March 2022

BILA HUN HAQEEM JUMPA YOUTUBER KOREA, BLIMEY BUAT PEMINAT TAK KERUAN



Video TikTok yang memaparkan pelakon Hun Haqeem muncul bersama dua wanita korea yang merupakan youtuber Blimey dan juga personaliti media sosial dikenali sebagai Jade dan Dasol, telah tular baru-baru ini.


Melihatkan pada video tersebut, dua wanita itu dilihat terpesona melihat Hun Haqeem di hadapan mereka. Malah, turut dikongsikan video Hun menari bersama mereka.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji ketampanan Hun yang dikatakan seperti lelaki Korea. Malah, ramai peminat yang cemburu kerana mereka di Malaysia pun belum berpeluang bertemu dengan Hun namun mereka yang datang dari Korea sudah bertemu dengan pelakon itu.

Dalam pada itu ada yang mengatakan Hun mungkin ada peluang untuk berlakon di Korea Selatan. Setakat ini, video tersebut mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: