07 March 2022

NETIZEN USIK SHARNAAZ PUJI NYANYIAN SHILA AMZAH



Semua sedia maklum lagu 'Pelukan Angkasa' nyanyian SOG dan Shila Amzah telah diumumkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36.


Sebelum keputusan, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuji persembahan mereka serta mengatakan berdiri bulu roma mendengar lagu bergenre metal itu.

Bukan itu, sahaja, Sharnazz turut berharap lagu tersebut akan menang serta mengatakan lebih baik AJL dibubarkan jika tiada kemenangan buat lagu berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, selepas 'Pelukan Angkasa' dinobat sebagai juara, Sharnaaz berpuas hati dengan keputusan tersebut serta mengucapkan tahniah kepada kumpulan SOG dan Shila Amzah.

Namun, sokongan yang diberikan Sharnaaz itu ternyata telah menjadi perhatian netizen yang tampil mengusik pelakon itu dengan Shila apatah lagi kedua mereka pernah mempunyai kisah bersama.

Malah, ada netizen tertanya-tanya adakah cinta bertaut kembali apatah lagi kedua mereka kini bergelar ibu dan bapa tunggal anak satu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: